Sunday, February 8, 2009

EnD oF iNTeRNSHiP ProGraM

Hello! HellO! LonG time no see... heheh. 6 Bulan dah since August 2008.... Finally, my Sarawak Forestry Internship Program selesai gak. Hehehe... Suka duka, pahit manis, masam masin, panas sejuk.. semua dirasa dah... heheh... Wat place i've been during my internship program?

* Tanjung Datu National Park
* Gunung Gading National Park
* Similajau National Park
* Samunsam Wildlife Sanctuary
* Kubah National Park
* Matang Wildlife Centre
* Anap Muput Forest Management Unit
* Grand Perfect (Sarawak Planted Forest)
* Kamijan Waterfall
* Bukit Kana Field Station
* Bukit Mina

Aih... banyak gk aih.... xdpt ku mok madah smua... ada nk dilupa jwak.. Now.. dah dapat permanent post dah bah~ Park Ranger di Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary. Haaa??
Wat dat place?



"Taman Hidupan Liar Lanjak-Entimau, di barat daya Sarawak, terletak bersebelahan dengan sempadan antarabangsa Indonesia dan meliputi bahagian Sri Aman, Sibu, Sarikei dan Kapit. Seluas 187,000 hektar, taman hidupan liar ini pada asalnya dibentuk sebagai hutan lindungan pada 1940 dan kemudiannya diwartakan sebagai taman hidupan liar pada 1983 yang berfungsi khasnya sebagai hutan simpan bagi orang utan.

Bentuk muka bumi di taman hidupan liar ini adalah berceranggah dan berbukit-bukau yang curam yang kebiasaanya mencapai ketinggian lebih daripada 300m. Cerun curam dengan lembah berbentuk V mendominasikan kawasan itu. Ia mempunyai tiga kemuncak tinggi iaitu Bukit Lanjak (1,284m), Bukit Entimau (975m) dan Gunong Spali (966m). Ia juga merupakan kawasan tadahan air yang penting dengan Sungai Ensirieng, Mujol, Poi, Ngemah, Katibas, Bloh, Apoh dan Kanowit mengalir melalui kawasan ini.

Daripada kajiselidik kepelbagaian biologi, taman hidupan liar ini diketahui memiliki 2,807 spesis tumbuhan vaskular, 218 spesis tumbuhan ubat, 158 spesis buah-buahan hutan, 108 spesis sayur-sayuran hutan, 500 spesis kulat, 42 spesis liken, 6 spesis primat, 48 spesis mamalia kecil, 235 spesis burung, 73 spesis reptilia dan amfibia, 82 spesis ikan dan 1,053 spesis serangga.

ada tahun 1990, Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (International Tropical Timber Organisation ITTO), memberikan cadangan bahawa Taman Hidupan Liar Lanjak-Entimau dibangunkan sepenuhnya sebagai Kawasan Lindungan. Pembangunan ini adalah mustahak untuk memulihara kepelbagaian biologi tropika kerana kekayaan flora dan faunanya; serta hubungannya yang rapat dengan Taman Negara Bentung Kerihun di Kalimantan Barat, Indonesia. Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk menyokong kehidupan berkekalan di kalangan penduduk tempatan di kawasan ini.

Selaras dengan cadangan itu, pada tahun 1993, kerajaan Sarawak mewujudkan kerjasama antara sempadan dengan kerajaan Indonesia untuk membangunkan Lanjak-Entimau/Bentung Kerihun sebagai Kawasan Lindungan sepenuhnya dengan ITTO berfungsi sebagai pemangkin dan fasilitator.
Pergabungan dua kawasan ini mewujudkan kawasan seluas 1.1 juta hektar yang merupakan kawasan pemuliharaan kepelbagaian biologi hutan tropika antara sempadan (transboundary biodiversity conservation area - TBCA) terbesar di Borneo dan juga antara yang terbesar di dunia. TBCA ini ialah taman hidupan paling penting di Borneo bagi 3,000 ekor orang utan, iaitu lebih kurang 10% daripada populasi spesis itu di dunia, serta spesis haiwan dan tumbuhan yang jarang dan terancam.

Kemasukan ke Taman Hidupan Liar Lanjak-Entimau adalah sukar dan terkawal di beberapa pintu masuk seperti Lubang Baya, Engkari, Skrang, Ngemah, Poi dan Katibas; serta diterhadkan untuk tujuan penyelidikan dan pemuliharaan sahaja."
Sources: http://www.kapit.net.my/malay/facts2.asp?facts=%27Taman+Hidupan+Liar+Lanjak-Entimau%27

Orite.... Aku kena jaga tempat camya klak sebagai kerjaya hidup ku~ Naaa... line tepon xda... aku mati cnun pun xda org tauk kali... hahah~ Well, bnyak gk crita kat sia klak... well for now... tok impression aku sebelum turun pg sia laa...kali klak tok berubah gk ku mpun pandangan thadap tmpat ya... Nak dengar2 crita... Dari Sibu pegi Song 2 jam pake bot xpress, lkak ya, 5-6 jam nait perau...eeewww~!!

No comments: